إِنَّا لِلّهِ وَإِنَّـا إِلَيْهِ رَاجِعونَ
اللَّهُمَّ اغْفِرْ لَها وَارْحَمْها وَعَافِها وَاعْفُ عَنْها وَأَكْرِمْ نُزُلَها وَوَسِّعْ مُدْخَلَها وَاغْسِلْها بِالْمَاءِ وَالثَّلْجِ وَالْبَرَدِ وَنَقِّها مِنْ الْخَطَايَا كَمَا نَقَّيْتَ الثَّوْبَ الْأَبْيَضَ مِنْ الدَّنَسِ وَأَبْدِلْها دَارًا خَيْرًا مِنْ دَارِها وَأَهْلًا خَيْرًا مِنْ أَهْلِها وَأَدْخِلْها الْجَنَّةَ وَأَعِذْها مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ
Malam yang penuh keberkatan ini dikejutkan dengan berita pemergian bonda tercinta kepada Bendahari Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM), Dr. Che Faridah Ismail setelah beberapa bulan terlantar menanggung sakit.
Kami Jawatankuasa Kerja DMPM merakamkan ucapan ‘Takziah’ buat seluruh ahli keluarga Al Marhumah Khadijah Ali terutama Dr. Che Faridah yang lebih dikenali dengan nama ‘Kak Long’.
Sudah pasti berita kematian ini sedikit sebanyak akan meruntunkan hati seorang anak yang selama ini dibelai dan dijaga sepenuh hati.
Kehilangan ini sungguh dirasai oleh banyak pihak kerana tiada apa dan siapa pun yang dapat menggantikan nilaian kasih seorang ibu.
Kami berharap dan berdoa semoga ‘Kak Long’ sekeluarga tabah mengahadapi ujian ini serta diberikan kekuatan untuk meneruskan hidup tanpa ibu di sisi.
Semoga ruh ibu ‘Kak Long’ dicucuri rahmat dan ditempatkan bersama para anbiya, waliyullah dan para solihin.
USTAZAH NURIDAH MOHD SALLEH
Ketua
Dewan Muslimat PAS Malaysia
9 Mac 2018 bersamaan 21 Jamadilakhir 1439