Home Berita PAS Perak

Sembang santai: Apa khabar jiran sebelah?

61
SHARE

Oleh: Abu Hakam

PADANG RENGAS: Lebih 50 anak muda sekitar kawasan Padang Rengas menyertai program Sembang Santai yang membicarakan topik Apa Khabar Jiran Sebelah? Program ini diadakan secara atas talian melalui page FB Dewan Pemuda PAS Padang Rengas pada Rabu malam.

Program yang bermula sekitar jam 9.15 malam menampilkan dua panel dalam kalangan anak muda Padang Rengas iaitu Muhammad Fazrin Mahamad Nazeri, Ahli Jawatankuasa Dewan Pemuda PAS Padang Rengas dan Nur ‘Izzah Mohamad Zahid, Calon Pelajar PhD Ekonomi dan Muamalat Universiti Awam serta dikelolakan oleh Timbalan Ketua Urusan Generasi Millenial iaitu Nur Hazwani Abdul Latif.

Program ini membincangkan mengenai kepentingan hubungan jiran tetangga dan hidup bersatu-hati bagi mengelakkan berlakunya perselisihan dan syak wasangka perkara buruk terhadap jiran.

Menurut Fazrin, menghormati dan mengambil tahu khabar jiran merupakan tugas dan kewajipan bagi setiap muslim seperti dalam keadaan pandemik Covid-19 sekarang, walaupun jiran kita itu non-muslim.

“Dalam suasana sekarang, kita perlu peka terhadap keperluan jiran tetangga dengan mengambil tahu sihat atau sakit, makan atau tidak, susah atau senang dan lain-lain.” Ujar beliau.

Selain itu, ‘Izzah pula menerangkan qudwah kehidupan Nabi SAW dalam berjiran antaranya kisah Nabi SAW dengan jirannya yang berbangsa yahudi, walaupun jiran baginda sentiasa menyakitinya, namun rahmat dan kasih sayang Nabi SAW mengatasi semua perkara.

Salah seorang yang menyertai program tersebut iaitu Muhammad Solihin menyatakan program Sembang Santai seumpama ini hendaklah diteruskan dari masa ke masa demi mempertingkatkan pengetahuan serta nilai moral masyarakat yang kini semakin terhakis khususnya di kalangan belia.

Program Sembang Santai yang berlangsung hampir dua jam itu merupakan anjuran DPPK Padang Rengas dengan kerjasama Urusan Generasi Millenial (UGM) Padang Rengas.