Home Berita PAS Perak

DMPK Bagan Datuk bantu keluarga pelajar terjejas

49
SHARE

Oleh : MS Musaiful

BAGAN DATUK : Dewan Muslimat PAS Bagan Datuk melalui program “Kami Prihatin”, telah menyerahkan sumbangan berbentuk Bakul Makanan kepada 10 buah keluarga pelajar terjejas di sekitar Kawasan Parlimen Bagan Datuk.

Ketua Dewan Muslimat PAS Kawasan Bagan Datuk, Nafiaton Khailani menjelaskan program kebajikan merupakan fokus yang penting kepada rakyat, lebih-lebih lagi ketika musibah berlaku seperti pandemik COVID-19.

Menurutnya lagi, setiap sumbangan yang dihulurkan adalah sebagai tanda keprihatinan dan kebersamaan pihak PAS terhadap masyarakat di sini. Sekali gus, membuktikan PAS sentiasa bersedia membantu semua pihak tanpa membezakan agama, bangsa, dan fahaman politik.

Pada siri lawatan dan penyerahan kali ini, seramai 10 keluarga telah menerima sumbangan tersebut. Penyerahan disempurnakan sendiri oleh Nafiaton dan Pengerusi Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan DMPK, Shahidah Yahya.

“ Sumbangan yang kita berikan mungkin tidak seberapa, tetapi sekurang-kurangnya mampu bantu meringankan sedikit bebanan mereka yang memerlukan.” ujar beliau di sini.

Melalui program tersebut juga, pihak DMPK menzahirkan rasa syukur dan terima kasih kepada semua pihak yang turut bersama-sama membantu menjayakan program kebajikan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).