Home Kenyataaan Media PAS Perak

Sembah Takziah Atas Kemangkatan Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan

879
SHARE

SEMBAH TAKZIAH ATAS KEMANGKATAN DULI YANG TERAMAT MULIA RAJA PUAN BESAR PERAK DARUL RIDZUAN

BADAN PERHUBUNGAN PAS NEGERI PERAK

Mewakili Ahli Badan Perhubungan PAS Negeri Perak merafak sembah takziah atas kemangkatan Duli Yang Teramat Mulia Raja Puan Besar Perak Darul Ridzuan, Raja Nor Mahani Binti Raja Shahar Shah yang telah mangkat pada pukul 5.07 petang pada hari Selasa, 3 Oktober 2017 Masihi bersamaan 12 Muharam 1439 Hijrah.

Jenazah Almarhumah Duli Yang Teramat Mulia Tuanku akan dimakamkan di Makam DiRaja Kuala Kangsar selepas solat Asar pada hari Rabu, 4 Oktober 2017 masihi bersamaan 13 Muharram 1439 Hijrah.

Seluruh rakyat merafak sembah takzim dan kehilangan Allahyarhamah amat dirasai. Semoga roh Almarhumah Tuanku dicucuri rahmat dan ditempatkan oleh Allah SWT dalam kalangan para solehah serta bersama dengan golongan yang diredhai Allah SWT.

Haji Razman Zakaria
Pesuruhjaya PAS Perak

4 Oktober 2017M / 13 Muharram 1438H