Home Tinta Ulamak

Semarakan Jihad

613
SHARE

SEMARAKKAN JIHAD

Dalam Kitab Rasa’il Li Al-Sha’imin yang disusun oleh Syeikh Riyadh bin Abdul Rahman Al-Haqil menegaskan bahawa Ramadhan adalah bulan jihad melawan nafsu, karenah diri dan musuh. Kemenangan ke atas musuh diperolehi setelah menang melawan kejahatan diri:

“Maka bulan Ramadhan adalah bulan jihad, peperangan, kemenangan dan pembukaan-pembukaan (yang dikuasai) Islam. Demikianlah kehidupan para salafussoleh, setelah mereka dapat menguasai diri mereka dan menang ke atas hawa nafsunya, mereka juga mampu berjihad fisabilillah melawan musuh. Inilah bulan yang mulia, (iaitu bulan) berjihad, bertungkus-lumus dan berkorban”.

Tidak dinamakan jihad sekiranya tiada pengorbanan diri. Tiada pengorbanan yang paling tinggi melainkan sanggup menggadaikan nyawa demi pertahankan Islam. Jihad dalam Islam adalah suatu kemuliaan dan mati ketika berjihad adalah semulia-mulia kematian. Semarakkan jihad dalam diri dan jadikanlah ia sebagai jalan meraih Syurga Ilahi.

Asri ed-Diwanie
19 Ramadhan 1438H

{jathumbnail off}