Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Semarak Kasih Ramadhan Di Negeri Jelapang Padi, Kedah

661
SHARE

Pada 7 Ramadhan 1438 baru-baru ini, Program Semarak Kasih Ramadhan yang diusahakan oleh Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan (LKK) Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) telah menjejakkan kasih ke Negeri Jelapang Padi. Program ini berlangsung di Kompleks PAS Kedah di Kota Sarang Semut Alor Setar Kedah.

Program yang berlangsung ini adalah untuk meraikan para amilin PAS sempena bulan Ramadhan yang mulia ini. Seramai 20 orang amilin PAS sekeluarga dijemput memeriahkan Majlis Iftar dalam program tersebut. Selain itu juga, 20 buah keluarga amilin ini turut menerima sumbangan berupa hamper dan juga wang tunai.

Penyampaian sumbangan tersebut telah disampaikan oleh YB Dato’ Aishah, yang juga merupakan Ahli Jawatan Kuasa Dewan Muslimat PAS Malaysia (DMPM) selaku Pengerusi Lajnah Pembangunan Wanita dan Keluarga merangkap Ketua Dewan Muslimat PAS Negeri Kedah (DMPNK).

Turut hadir memeriahkan Program Semarak Kasih Ramadhan ini ialah Puan Zulinda, daripada Ahli Jawatankuasa (LKK DMPM), Puan Hashimah daripada LKK DMPN Kedah, para AJK DMPN Kedah dan Ketua-Ketua Muslimat PAS Kawasan Negeri Kedah berserta ahli keluarga mereka.

    

Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia mengucapkan jutaan terima kasih kepada penyumbang-penyumbang yang dermawan serta merasa amat bersyukur di atas kelancaran program ini. LKK DMPM juga berharap dan mendoakan, semoga amalan kebajikan yang kecil ini akan menjadi saham terbesar buat kita semua di akhirat kelak.

Program Semarak Kasih Ramadhan ini akan terus berjalan ke seluruh Malaysia termasuk di Kepulauan Borneo Sabah dan Sarawak. Justeru itu, pihak LKK DMPM mengalu-alukan lagi sumbangan dari para dermawan di luar sana untuk terus menyumbang bagi meneruskan kelancaran Program Kebajikan dan Kemasyarakatan ini. Sumbangan bolehlah di salurkan ke akaun:

MAYBANK 5640 2540 0711 – Dewan Muslimat PAS Pusat

SMS/Whatsapp slip sumbangan kepada:

Dr. ‘Uyun : 019 – 357 7502
Puan Zurina : 014 – 306 9141
Saudari Zuriati : 019 – 204 9434
Saudari Oyeen : 019 – 590 2381

Jazakumullah Khair Katheera.

Siiru ‘ala Barakatillah.

“Sejahtera Bersama Islam”
“Muslimat Memacu Kemenangan”

Catatan:
Lajnah Kebajikan dan Kemasyarakatan Dewan Muslimat PAS Malaysia

 

{jathumbnail off}