Home Berita Dewan Muslimat PAS Malaysia

Semarak Kasih Ramadan Negeri di Bawah Bayu

26
SHARE

Mac 30, 2024

SANDAKAN, SABAH : Skuad Prihatin dengan kerjasama PAS kawasan dan NGO menyertai program Semarak Kasih Ramadan (SKR) bertempat di Masjid At-Taqwa Taman Merpati Batu 7, Sabah.

Rombongan Muslimat PAS Malaysia ini dipimpin Ketua Muslimat (DMPM), Ustazah Nuridah Mohd Salleh diiringi Ahli-ahli Jawatankuasa, selain turut bersama, Ketua Muslimat PAS Negeri Sabah, Hajah Norsah Bongsu.

Seramai 55 penerima terdiri daripada warga emas, OKU, ibu tunggal, asnaf dan mangsa kebakaran telah menerima sumbangan.

Program yang menyampaikan set keperluan asas dimulai dengan aktiviti Munajat AKIFI, solat hajat dan bacaan Yaasiin sebelum serahan dilakukan kepada penerima.

Ustazah Nuridah, dalam ucapannya menyatakan penghargaan kepada semua yang terlibat dalam pengurusan majlis dengan jayanya sehingga dapat menyantuni masyarakat di sekitar kawasan Libaran dengan makanan rohani selain daripada sumbangan fizikal.

“Moga kita sama-sama merebut peluang pada bulan penuh keberkatan ini dengan melipat-gandakan amalan serta menghidupkan malam-malam terakhir di bulan Ramadan. Moga Allah melimpahkan keampunan dan (kita) dijauhkan dari seksaan api neraka serta diberikan kenikmatan syurga di akhirat kelak,” ujar beliau kepada hadirin.

Jutaan terima kasih kepada dermawan sekalian, tanpa sokongan dan sumbangan anda semua, gerak kerja amal kebaikan menyantuni golongan kurang berkemampuan ini tidak mungkin dapat direalisasikan dengan optimal.