Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Oleh : Umar Al-Hayawi
Shah Alam | Sedar tak sedar, kes COVID-19 makin hari makin meningkat. Pelbagai varian baharu yang lebih menakutkan telah dikenal pasti oleh KKM. Antaranya adalah varian India dan varian Afrika Selatan. Varian-varian ini bukan sahaja merebak dangan sangat pantas malah memiliki potensi untuk melepasi saringan COVID-19 dan juga tidak mempunyai sebarang gejala diawalnya tetapi secara tiba-tiba menjadi teruk.
Memetik kenyataan satu hantaran laman sosial Pemuda PAS Selangor, “setelah kita melihat keadaan negara kita menjadi semakin parah dengan angka kes harian tidak kurang 7000, bukankah kita perlu ambil tindakan sebagai warga Malaysia?. Bukankah kita mahu menang menentang wabak COVID-19 ini?. Ayuh bersama, kita bantu para fronliners putuskan rantaian COVID-19 dengan ‘Self Lockdown’ “.
Apa yang perlu kita lakukan?
1. Kerap membasuh tangan
2. Jaga penjarakan fizikal sekurang-kurangnya dua meter
3. Gunakan pelitup muka – Double face mask
4. Jangan berjabat tangan
5. Sering gunakan pembasmi kuman
6. Tidak menyentuh bahagian muka apabila berada di luar
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor menyeru kepada semua untuk patuhi SOP keselamatan yang telah diberi. Amalkan norma baharu dalam kehidupan dan yang paling penting buat masa kini adalah ‘Self – Lockdown’ (Kawalan Pergerakan Kendiri).
Semoga Allah Memberi kekuatan kepada para frontliners negara dalam memikul amanah negara untuk membawa kemenangan kepada negara kita melawan virus COVID-19.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor