Home Berita PAS Selangor

Program infak gali telaga anjuran Team Syabab – Naib Ketua Pemuda PAS Selangor

161
SHARE

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

Gombak | Pahala mengalir kepada para penyumbang selagi telaga ini digunakan walaupun si penyumbang telah meninggal dunia. Itulah ganjaran kepada mereka yang menginfaqkan harta kepada pembinaan telaga ini.

Nabi SAW pernah bersabda:

إِنَّ اللَّهَ يَقْبَلُ الصَّدَقَةَ ، وَيَأْخُذُهَا بِيَمِينِهِ ، فَيُرَبِّيهَا لأَحَدِكُمْ كَمَا يُرَبِّي أَحَدُكُمْ مُهْرَهُ ، حَتَّى إِنَّ اللُّقْمَةَ لَتَصِيرُ مِثْلَ أُحُدٍ

Maksudnya: “Sesungguhnya Allah menerima amalan sedekah dan mengambilnya dengan tangan kanan-Nya. Lalu Allah mengembangkan pahalanya untuk salah seorang dari kamu, sebagaimana kamu membiakkan seekor anak kuda. Sehingga sedekah yang hanya sebiji boleh berkembang hingga sebesar gunung Uhud.” (Riwayat al-Tirmizi (662). Beliau berkata, hadis hasan sahih).
Menurut Saudara Mohd Fadli Bakar selaku Naib Ketua Pemuda PAS Selangor yang juga penggerak utama Syabab Care, Team Syabab Telaga telah menggali telaga untuk kegunaan para pelajar dan seluruh warga di Tahfiz Darul Furqan, Kampung Padang Balang, Kuala Lumpur siang tadi.

“Projek waqaf air yang kami lancarkan sebelum ini telah kami lunaskan amanahnya dengan membina sebuah telaga lagi bagi kegunaan warga tahfiz di sini. Sebelum ini kami telah bina telaga untuk Pusat Tahfiz di Sg Pelong, Kuang, Selangor ” ujar beliau lagi.

Kelebihan waqaf air ini ialah ianya bukan setakat dimanfaatkan oleh manusia tetapi tumbuhan dan haiwan juga turut mendapat nikmat air hasil daripada telaga.
“InsyaAllah, kami akan terus membina lagi telaga waqaf seperti ini di seluruh negara. Oleh itu, kami membuka peluang kepada semua untuk turut serta bersama kami dalam projek waqaf air melalui pembinaan telaga bagi kegunaan masyarakat awam. Sebarang jumlah sumbangan kami terima”, sambung beliau lagi.

Kepada yang berminat untuk menggunakan khidmat mereka menggali telaga di tempat anda, boleh hubungi Team Syabab Telaga di talian wasap.my/60162259002/telaga.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor