Home Artikel PAS Pahang

Selesai dengan jayanya Walimatul Urus Perdana 1.0 PAS Kawasan Jerantut.

911
SHARE

Jerantut, 26 November : Segala puji bagi Allah SWT, Selawat dan Salam buat Nabi junjungan Muhammad SAW.

Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan setinggi-tinggi tahniah dan penghargaan buat semua para petugas yang telah menjayakan Walimah Urus Perdana PAS kawasan Jerantut 1.0 (WPPJ 1.0).

Terima kasih kepada pimpinan PAS kawasan, urusetia WUPPJ 1.0, Dewan Muslimat, Urusan Ulama, Dewan Pemuda, ahli-ahli MTD (DAMAK, TAHAN, PULAU TAWAR),Nisa, guru-guru PASTI, anggota Unit Amal, ahli-ahli PAS cawangan yang terlibat, Markaz PAS Feri, anggota a4c@arc, para pelajar tahfiz MADAD dan tahfiz masjid Kg Koi dan setiap individu yang telah menyumbang tenaga dan wang ringgit bagi menjayakan WUPPJ 1.0. 

Juga terima kasih kepada wakil PAID yang banyak membantu melicinkan perjalanan acara akad nikah.



Semoga kerjasama jitu yang ditunjukkan serta keikhlasan kita semua dalam bekerja dinilai di sisi Allah SWT sebagai amal soleh seterusnya menjadi pemangkin gerakkerja PRU14 yang semakin hampir.

Saya mohon maaf atas sebarang kesilapan dan kelemahan diri dalam menerajui WUPJJ 1.0 ini. InsyaAllah kita akan bertemu dalam WUPPJ 2.0 yang akan datang.