Home Berita PAS Pahang

Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan Siap Sedia Hadapi Musim Tengkujuh

1088
SHARE

Kuantan, 28 November – Jabatan Amal Malaysia Kawasan Kuantan (JAMKK) kini telah bersiap sedia menghadapi sebarang misi bencana sempena kedatangan musim tengkujuh pada tahun ini.

Melalui mesyuarat bulanan Ahli Jawatankuasa JAMKK kali ke-4 yang berlangsung malam semalam telah menubuhkan jawatankuasa khas bagi misi bencana banjir.

Jawatankuasa khas ini akan menfokuskan gerak kerja bagi persiapan menyelamat sahaja, manakala persiapan barang bantuan seperti makanan dan lain-lain akan diseliakan oleh Khidmat Malaysia Kawasan Kuantan yang dilancarkan baru-baru ini.

“Untuk persiapan misi bencana banjir kali ini, JAMKK akan bersiap sedia untuk kerja-kerja menyelamat dan mencuci sahaja dan manakala urusan bantuan bekalan makanan dan barang-barang keperluan yang lain akan diseliakan oleh Khidmat Malaysia.

“Pusat pergerakan JAMKK juga telah ditetapkan di Masjid Al-Fattah, Batu 3 dan kita menyediakan talian operasi khas banjir 24 jam untuk dihubungi bagi membantu masyarakat yang ditimpa kesusahan sepanjang musim tengkujuh ini,” kata Tuan Quddus selaku Komandan JAMKK.

JAMKK juga telah menyenaraikan aset keperluan menyelamat yang sedia ada kini seperti enjin air, waterjet, pam sedut air, jaket keselamatan, bot fiber dan lain-lain.

Keputusan mesyuarat semalam juga telah memutuskan untuk melancarkan Sumbangan Dana bagi membeli sebuah lagi Bot Khas Menyelamat lengkap iaitu Bot fiber bersaiz 16 kaki, enjin berkuasa 15 kuda, jaket keselamatan, tali & pelampung menyelamat dengan kos anggaran sebanyak RM15,000.

Kepada orang ramai yang ingin menyumbang bagi pembelian bot atau misi bantuan bencana boleh salurkan ke akaun rasmi Maybank JAMKK atas nama DANA KEBAJIKAN AMAL KUANTAN – 556226411916.

Talian operasi menyelamat 24 jam boleh dihubungi melalui talian 0139733823 (Tuan Quddus) atau 0179196860 (Tuan Halmi) atau 01110405153 (Tuan Syazwan).