Home Berita PAS Selangor

Selebriti pendakwah media bersama KM bantu Hospital Klang – Pengurus Operasi KMN Selangor

110
SHARE

“Beramal Kerana Allah” | Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor

Oleh : Shehdi Hazrik Shamsudin
Pengurus Operasi Khidmat Malaysia Negeri Selangor

KLANG, 29 Julai – Khidmat Malaysia Negeri Selangor kali ini bersama NGO Persatuan Alumni Pendakwah Media (PENDAMAI) yang terdiri daripada beberapa selibriti rancangan realiti dakwah Pencetus ummah (PU), Imam Muda dan Da’i yang hadir bersama menyampaikan sumbangan melalui program Tabung Bantuan Covid-19 (TBC19) buat Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang.

Rombongan yang diketuai oleh Pengerusi KMNS, Ustaz Noor Najhan Salleh telah disambut sendiri oleh Pengarah HTAR, Dr. Hj. Zulkarnain Hj. Mohd Rawi yang turut sama meraikan kehadiran selibriti pendakwah media antaranya PU Hafiz, PU Amin, PU Akram, PU Izzat, PU Rahmat, Imam Muda Faris dan Da’i Muhammad.

Turut sama hadir penyumbang lain antaranya adalah Dr Hadyan wakil daripada Pertubuhan Amal Perubatan Ibnu Sina Malaysia (PAPISMA) Cawangan Selangor dan Kumpulan Wanita Islam Kapar (KWIK) dibawah penyelarasan Khidmat Malaysia Negeri Selangor.

Antara barangan yang disumbangkan adalah “Oxygen concentrator” sebanyak 4 unit dan Air mineral hasil sumbangan daripada PENDAMAI, bantal selimut Hospital, PPE “Isolation Gown” dan “Boot Cover” yang disumbangkan oleh PAPISMA manakala “Digital Baby Scale Wireless Transmission” Sumbangan KWIK.

Kehadiran salibriti dakwah media kali ini menunjukan bahawa seluruh rakyat tidak kira lapisan mahupun status mereka sangat prihatin dan cakna kepada keperluan hospital dan Agensi barisan hadapan negara dalam mendepani ujian memerangi wabak covid-19.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor