Home Berita PAS Selangor

Syabab Care Malaysia waqaf tanah kubur di Kedah – Naib KP PAS Selangor

184
SHARE

May be an image of ‎outdoors and ‎text that says "‎ﷺ اسلام فرقبوران تانه TANAH PERKUBURAN ISLAM Kariah Kg. Kerawai & Kg. Tanah Liat Si,Kedah Kedah DIWAKANKAN ప‎"‎‎

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Oleh : Umar Al-Hayawi

SIK, 30 Julai – “Terima kasih Syabab Care kerana mewaqafkan tanah kubur kepada penduduk kampung kami. Selama ini kami menumpang ja di tanah kubur kampung orang lain. Lani syukur sangat, kampung kami ada tanah kubur sendiri”, ucap Imam Masjid Kg Tupai, Sik, Kedah, Ust Fauzi.

Syabab Care Malaysia diwakili Naib Ketua Pemuda PAS Selangor, Muhammad Fadzli Abu Bakar menyatakan rasa gembira apabila melihat papan tanda tanah kubur disana kerana inilah hasrat sejak sekian lama untuk memiliki tanah kubur di kampung mereka sendiri, akhirnya tercapai.

Syabab Care Malaysia mengucapkan ribuan terima kasih kepada para dermawan yang menyumbang bersama Syabab Care. Semoga sumbangan anda dibalas dengan ganjaran yang lebih besar daripada Allah SWT.

Syabab Care Malaysia setiap hari konsisten menjalankan aktiviti kebajikan membantu golongan yang memerlukan lebih-lebih lagi di musim pandemik Covid-19 ini. “Ayuh menyumbang bersama kami. Anda sumbang, kami sampaikan. Terima kasih kepada yang telah menyumbang. Besar pahala mereka yang meninfaqkan harta membantu golongan susah” akhir kata beliau.

“Anda sumbang, Kami sampaikan”

Salurkan sumbangan anda terus ke akaun :

Bank : MAYBANK ISLAMIC
Akaun : PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN & KEBAJIKAN
No Akaun : 562209653403

Atau anda boleh klik :
Terima kasih atas keperihatinan anda. Sila WhatsApp slip transaksi sumbangan anda ke 016-2259002 untuk record.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor