Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – TKP Selangor : Kebiadaban Sangat Sinonim Dengan DAP

385
SHARE

1) Mencabar di Mahkamah arahan Kerajaan Negeri Pahang untuk meletakan Tulisan Jawi di papan tanda.

2) Salah seorang pegawai parlimen bagi pemimpin DAP menjadikan perkara agama (Kisah Nabi Ibrahim dan Ismail) sebagai senda gurau.

Semuanya memang membuktikan sikap melampau DAP yang merupakan anak butir ‘PAP’.

DAP mengaku mereka menjunjung Perlembagaan serta Setia pada Raja dan Negara. Tetapi mereka MENGKHIANATI PERLEMBAGAAN dan Tuanku YDPA dengan menentang TULISAN JAWI.

DAP senantiasa mengaburi mata orang Melayu dengan sikap mereka kononnya mesra Melayu.

Setelah mereka menzahirkan penentangan terhadap suatu perkara melibatkan orang melayu dihiasi kononnya mereka membela nasib melayu.

Cukuplah tertipu dengan DAP yang hanya berhelah dengan memberi peruntukan pada tahfiz sedangkan mereka penentang tegar hukum yang terkandung dalam Al-Quran.

Cukuplah tertipu dengan DAP yang kononnya berhenti sewaktu azan seketika sedangkan merekalah paling tegar menentang pembinaan Masjid di Sabah suatu ketika dahulu.

Cukuplah tertipu dengan DAP yang kononnya akan membela Melayu. Sedangkan mereka paling lantang MENENTANG Tulisan Jawi dan lihat serta dengarlah Bahasa Melayu Ahli Parlimen DAP.

Cukuplah tertipu dengan DAP yang kononnya mengaku memperjuangkan keamanan negara. Sedangkan Pemimpin mereka terlibat dengan PENGANAS LTTE.

Cukuplah tertipu dengan DAP yang kononnya fokus mereka memperjuangkan kebajikan rakyat dan ekonomi negara. Sedangkan merekalah yang memotong bantuan sara hidup rakyat dan menyebabkan ekonomi negara jatuh merudum sewaktu mereka memerintah.

Bagi DAP perjuangan menjunjung Perlembagaan hanya ALASAN, kehendak dan cita-cita DAP adalah paling utama.

Bukan Perlembagaan negara yang dijunjung DAP, sebaliknya adalah Aspirasi ‘Malaysian Malaysia’ untuk di praktikan dalam Perlembagaan Negara supaya bersesuai kehendak DAP.

Sekiranya mereka melaungkan ‘Menjunjung Perlembagaan’ ketahuilah ianya bukan dimaksudkan Perlembagaan Negara tetapi Perlembagaan DAP !

Cukuplah tertipu dengan DAP. Perbuatan DAP tidak ubah seperti ‘Menutup bangkai gajah dengan nyiru’.

MOHAMED SUKRI OMAR
Timbalan Ketua
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

13 Zulhijjah 1441H | 3 Ogos 2020

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan