Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Tinta KP Selangor – Tahniah Buat Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah

366
SHARE

Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) merakamkan setinggi-tinggi ucapan tahniah kepada Yang Berbahagia Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia atas Penganugerahan Darjah Kebesaran Pingat Panglima Setia Mahkota yang membawa gelaran Tan Sri.

Penganugerahan yang diterima oleh beliau sememangnya layak dengan usaha keras beliau menerajui gerak kerja di barisan hadapan dalam membantu negara menghadapi saat kritikal menangani pandemik COVID-19.

Didoakan agar Allah memberikan kekuatan kepada beliau untuk terus menyumbangkan khidmat bakti kepada agama, ummah dan negara dengan kepakaran yang dimilikinya. Di samping itu juga, kita terus mendoakan agar Allah SWT memelihara kita di Malaysia dan seluruh dunia dari pandemik COVID-19.

Demi Islam
Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

27 Zulhijjah 1441H | 17 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor