Mujahadah adalah salah satu cara untuk mencapai kemenangan.
Boleh rujuk sirah ketika berlakunya peperangan Ahzab, para sahabat Nabi Muhammad s.a.w. melakukan jihad di dalam menggali parit. Sehinggakan terpaksa mengikat perut, kerana kekurangan makanan.
Kerana mujahadah mereka, lalu Nabi mendoakan para sababat agar diberikan kehidupan yang baik di akhirat.
Begitu juga dengan kita. Sepertimana para petani yang menitiskan air peluh mereka kerana berkerja, kita juga sebagai pemuda harus begitu.
Biarlah orang lain tidak nampak apa yang kita kerjakan, asalkan hasil kerja kita tu nampak untuk Islam. Kerana itu adalah pra-syarat kemenangan, yang Allah hendak berikan kepada kita semua..
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
26 Zulhijjah 1441H | 16 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#PemudaBangkitDemiIslam
#MuktamarDPPNS54
#BeramalKeranaAllah