Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Tinta KP Selangor – Kesedaran Anak Muda Kini Semakin Meningkat.

227
SHARE

Sg. Buloh, Selangor | 15 Ogos 2020

Wahai anak-anak muda sekalian!!
Adakah anda tahu semasa PRU -14 3.6 juta anak muda yang tidak berdaftar sebagai pemilih dalam menentukan kepimpinan Negara Malaysia tercinta.

Jumlah ini terlalu besar buat Negara kita, anak muda Melayu mewakili peratusan % yang paling tinggi tidak mendaftar untuk mengundi.

Kita semua masing-masing bertanggungjawab dalam perkara ini. Hari ini dapat kita lihat kesedaran anak muda untuk mendaftar sebagai pemilih dalam PRU-15 akan datang.

Tahniah JPRD Paya Jaras yang membuka kaunter Daftar Pemilih setiap miggu bagi memudahkan semua rakyat setempat.

Hari ini penolong pendaftar SPR Dun Paya Jaras membukan kaunter daftar pemilih di perkarangan kedai jalan gajah 4 Kubu Gajah.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan