Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Selangor | PAS Kawasan Bangi – Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bangi Kali Ke-36

275
SHARE

Bangi, Selangor | 15 Ogos 2020

PAS Kawasan Bangi telah mengadakan Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bangi kali ke-36. PAS Kawasan Bangi diketuai oleh Ustaz Mohd Shafie Bin Ngah selaku Yang-Dipertua PAS Kawasan Bangi.

Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Bangi diadakan di Bangi Convention Centre, Bangi Selangor. Para perwakilan diperiksa sebelum masuk ke dewan dengan pengimbas Kod QR serta pematuhan SOP termasuk penjarakan fizikal.

Ucapan perasmian Mesyuarat Agung telah disempurnakan oleh Tuan Hj Roslan Shahir Dato Mohd Shahir selaku Setiausaha Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor. Turut hadir wakil-wakil daripada UMNO, MIC & MCA.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan