Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Tinta KP PAS Negeri Selangor – Kenyataan MediaDewan Pemuda PAS Negeri Selangor

507
SHARE

Kerajaan Selangor Mahu Bela Rakyat Atau Pengusaha Kilang Haram?

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) tegas tidak bersetuju dengan keputusan yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor mengenai Semua kilang haram di negeri ini diberi tempoh sehingga hujung tahun untuk melaksanakan proses pemutihan dan penempatan semula premis.
  2. Keputusan tersebut jelas tidak menunjukkan keseriusan dan keprihatihan kerajaan negari terhadap kebajikan rakyat, malahan kebajikan pihak kilang lebih diutamakan sekalipun kilang yang menjadi punca pencemaran sungai baru-baru ini.
  3. Masakan tidak, rakyat bersusah payah selama beberapa hari, malah ada kalangan peniaga yang juga terjejas ekoran gangguan bekalan air, namun kilang haram punca pencemaran tetap mendapat “menikmati tempoh pemutihan” sehingga akhir tahun ini.
  4. Sejak 2008 lagi kilang haram punca pencemaran sungai baru baru ini sudah diberikan tawaran kepada pemilik tanah dan kilang haram itu menjalankan proses pemutihan. Sudaj 12 tahun namun masih lagi ingin diberikan tempoh walhal telah terjadi pencemaran yang membebankan rakyat. Kerajaan negeri sepatutnya ambil pengajaran ini, bukan terus “membelai” pihak kilanh haram, sedangkan penjaja kecil yang menjadi isu baru-baru ini “diranapkan” terus gerai mereka.
  5. DPPNS jelas menyatakan kekesalan terhadap keputusan ini, kerana keputusan ini langsung tidak menunjukkan imej kerajaan negeri yang menjaga kebajikan rakyat, malah isu pencemaran sungai yang mengakibatkan gangguan bekalan air hanya dipandang enteng sahaja. Walhal ini bukan gangguan kali pertama yang terjadi ekoran puncanya pencemaran.
  6. Malahan tahun lepas pada bulan Mei berlaku gangguan air di kawasan yang melibatkan Kapar, Klang serta Shah Alam begitu juga sekitar wilayah Petaling pada akhir tahun lepas, punca yang diberitahu adalah pencemaran, dan pencemaran, namun apa tindakan pencegahan yang diambil? Tiada!

Demi Islam
Pemuda Bangkit Demi Islam

Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor