Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – Timbalan Ketua Pemuda PAS Selangor Turun Memantau SOP SRITI

438
SHARE

Hari ini Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS Selangor Ustaz Mohamed Sukri Omar yang juga merupakan Pemangku Ketua Sektor Pendidikan DPPNS turun melawat ke SRITI Saujana Utama, Sungai Buloh dan SRITI DARUL AMILIN, Puncak Alam. Beliau diiringi oleh Ustaz Fauzan Madzlan selaku Pengarah SRITI Negeri Selangor.

Tujuan beliau turun melawat adalah untuk memastikan setiap SRITI dapat mematuhi segala SOP yang telah ditentukan oleh pihak Kerajaaan.

Pemantauan berkala akan tetap dilakukan bagi mengekalkan penjarakan sosial diantara pelajar. Komitmen kami adalah memastikan pusat pendidikan di bawah pemantauan kami terus bergerak melaksanakan Pendidikan Islam yang komprehensif.

Terima kasih kepada semua yang terlibat dalam kebersamaaan menyokong lnstitusi Pendidikan PASTI, SRITI dan SMITI.

24 Zulkaedah 1441H | 15 Julai 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan