Home Kenyataan Media PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner – Perutusan KhasDewan Pemuda PAS Negeri Selangor

282
SHARE

30 Julai Jun 2020 | 9 Zulhijjah 1441

HARI ARAFAH : HARI KEBESARAN DALAM ISLAM

  1. Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengucapkan selamat menyambut Hari Arafah pada hari ini iaitu 9 Zulhijjah 1441 H kepada seluruh umat Islam sama ada di Malaysia khususnya. Hari Arafah merupakan salah satu hari kebesaran di dalam Islam yang mempunyai banyak kelebihan yang dikurniakan oleh Allah SWT.
  2. Secara khusus, Hari Arafah disunatkan kepada umat Islam yang bukan dalam keadaan melaksanakan ibadah Haji untuk berpuasa sunat. Kelebihan puasa Hari Arafah ini akan menghapuskan dosa setahun lalu dan akan datang sebagaimana dalam hadith yang berbunyi :

عَنْ أَبِي قَتَادَةَ أَنَّ النَّبِيَّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ قَالَ صِيَامُ يَوْمِ عَرَفَةَ إِنِّي أَحْتَسِبُ عَلَى اللَّهِ أَنْ يُكَفِّرَ السَّنَةَ الَّتِي قَبْلَهُ وَالسَّنَةَ الَّتِي بَعْدَهُ

Dari Abu Qatadah bahwasanya Rasulullah SAW bersabda: ” Puasa hari ‘Arafah -saya berharap dari Allah- dapat menghapuskan dosa-dosa setahun sebelumnya dan juga tahun sesudahnya.” – riwayat at-Tirmizi

  1. Selain itu, Hari Arafah menyaksikan keagungan Islam akan kesatuan umat Islam dari pelbagai latar belakang, geografi, warna kulit dan kedudukan yang berbeza mampu disatukan di bawah payungan aqidah Islam dalam menyahut seruan perintah Allah. Para Haji yang berwuquf menjadi simbolik kesatuan Islam meletakkan aqidah yang tertinggi mengatasi perbezaan kalangan manusia yang sedia ada.
  2. Di Selangor, telah dimasyhurkan pandangan mengenai bermulanya lafaz takbir raya Adha pada Subuh 9 Zulhijjah sehinggalah Asar pada 13 Zulhijjah sebagaimana yang dimuatkan dalam akhir khutbah pertama yang dibacakan pada 2 Ogos 2019 bersamaan 1 Zulhijjah 1440H tahun lepas.
  3. DPPNS mengharapkan agar semua pemuda khususnya dapat memanfaatkan kelebihan Hari Arafah yang dikurniakan oleh Allah untuk terus beristiqamah dalam amal ibadah dan terus meningkatkan penghayatan pengabdian diri kepada Allah SWT.

Demi Islam
Bangkit : Pemuda Perintis Kebangkitan Ummah

Ustaz Hanafi bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

#PASSelangor

#BersamaMembawaSejahtera

#IslamMemimpinPerpaduan