Home Artikel PAS Wilayah

AIDILADHA 1441H: PENGORBANAN LUAR BIASA MANIFESTASI TAQWA

176
SHARE

AIDILADHA 1441H: PENGORBANAN LUAR BIASA MANIFESTASI TAQWA

الله أكبر
الله أكبر
الله أكبر
ولله الحمد

Saban tahun, Aidiladha disambut dengan menghayati sirah pengorbanan Nabi Ibrahim A.S dan Nabi Ismail A.S melalui ibadah qurban.

Pada tahun ini, erti pengorbanan itu mungkin lebih dirasai, terutama buat yang tetap memilih melaksanakan ibadah qurban walau dalam keadaan ekonomi yang mencabar, mahupun yang terpaksa menanggung rindu yang tertangguh untuk mengerjakan ibadah haji di tanah suci.

Sepertimana ujian berpuasa di bulan Ramadhan mendidik kita menuju taqwa, semoga pengorbanan ikhlas kita pada kali ini menjadi manifestasi taqwa kita kepada Allah sebagaimana firmanNya:

لَن يَنَالَ اللَّهَ لُحُومُهَا وَلَا دِمَاؤُهَا وَلَٰكِن يَنَالُهُ التَّقْوَىٰ مِنكُمْ ۚ كَذَٰلِكَ سَخَّرَهَا لَكُمْ لِتُكَبِّرُوا اللَّهَ عَلَىٰ مَا هَدَاكُمْ ۗ وَبَشِّرِ الْمُحْسِنِينَ (37)

“Daging dan darah binatang korban itu tidak akan sampai kepada Allah, tetapi yang sampai kepadanya ialah ketaqwaan kamu. Demikianlah ia memudahkan binatang itu bagimu supaya kamu mengagungkan Allah atas petunjukt kepadamu. Dan sampaikanlah berita gembira kepada orang yang berusaha supaya baikt amalannya” (Surah Al-Hajj: 37)

Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan (BPPWP) serta seluruh saff kepimpinan mengucapkan Salam Aidiladha kepada seluruh umat Islam khusus di Wilayah Persekutuan.

Siiru ‘ala barakatillah

Islam Memimpin Perpaduan

USTAZ AZHAR YAHYA
Pesuruhjaya
Badan Perhubungan PAS Wilayah Persekutuan
30 Julai 2020 l 10 Zulhijjah 1441H