Parlimen Malaysia, Kuala Lumpur | 12 Ogos 2020
Rombongan NGO Syabab Care melakukan lawatan ke Parlimen bertemu dengan YB Dato’ Hajah Siti Zailah Bt. Mohd Yusoff, Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat beserta pegawai kementeriannya untuk tujuan bermesyuarat.
Sdra Fadzli Abu Bakar selaku Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor mewakili NGO Syabab Care bersama rakan-rakan berbincang beberapa perkara berkaitan tentetif program untuk dilaksanakan bersama pihak Kementerian dan usaha-usaha yang boleh dibuat bagi membantu masyarakat secara keseluruhannya.
Pertemuan berjalan dengan lancar dan teratur sehingga akhir.
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan