Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Pena NKP Selangor – NKP Selangor Dan NGO Syabab Care Hadiri Mesyuarat “AID4LEBANON” Bersama Presiden PAS

231
SHARE

Pertubuhan Syabab Prihatin Dan Kebajikan (NGO Syabab Care) telah mengadakan beberapa siri pertemuan dan mesyuarat “aid4lebanon” bersama Tuan Guru Presiden PAS selaku Duta Khas Perdana Menteri ke Timur Tengah di Pejabat Agung PAS Pusat baru-baru ini.

Naib Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Merangkap Exco Dewan Pemuda PAS Pusat Muhammad Fadzli Abu Bakar juga turut terlibat dalam mesyuarat kali ini. Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli jawatankuasa NGO Syabab Care.

PAS Relief sebagai badan induk yang menyelaras ke semua 33 NGO untuk membantu mangsa letupan di Beirut, Lubnan. NGO Syabab Care juga turut serta untuk membantu. Ayuh sama-sama kita menyumbang.

Sumbangan boleh terus dimasukkan ke akaun Maybank berikut : 5622 0965 3403 PERTUBUHAN SYABAB PRIHATIN DAN KEBAJIKAN (SYABAB CARE)

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

21 Zulhijjah 1441H | 11 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan