Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Laras Nukilan TKP Selangor Us Mohamed Sukri Omar – Politikus Melayu Islam Terus Fokus!!!

384
SHARE

DAP sudah memulakan kerja jahat mereka secara terancang. Apakah anda menyangka siri kebiadapan mereka itu dilakukan tanpa terancang?

1) Saman Kerajaan Pahang isu arahan tulisan jawi pada papan tanda oleh DAP Pahang. Kebiadapan pada Sultan Pahang dan YDPA.

2) Meletakan tulisan cina pada papan tanda jalan oleh DAP Sarawak.

Setelah usaha mendapatkan undi Melayu gagal dengan mengunakan boneka Melayu Islam dalam DAP.

Mereka bergerak dengan usaha seterusnya. Memastikan undi cina solid pada DAP. Mereka akan melakukan apa sahaja bagi meningkatkan undi cina. Terutamanya membuatkan orang melayu marah. Bertambah melayu BENCI DAP, bertambah seronok mereka. Natijahnya semakin Tinggi undi cina.

Selepas ini akan ada Negeri lain yang DAP akan timbulkan masalah. Mungkin Selangor, Perak, Negeri Sembilan dan lain-lain. Semuanya adalah permulaan momentum mencetuskan API KEMARAHAN MELAYU.

Melayu Islam terus bertenang, terjemahkan undi PROTES anda dengan memangkah Muafakat Nasional. Tiada untungnya membenarkan negara ini huru hara. Para pemimpin Muafakat Nasional WAJIB terus membuktikan dengan dominasi Melayu Islam pada politik negara akan terus memberi keadilan pada Semua Kaum dan terus membela Agama, Bangsa dan Negara.

Bukan melayu jangan rungsing kerana setiap komponen parti dalam Muafakat Nasional mempunyai sayap untuk membela kalian. Bagi PAS mempunyai Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP) , Bagi Umno ada Barisan Nasional yang komponennya MIC dan MCA. Memusuhi DAP bukan bererti memusuhi bukan Melayu. Tetapi memusuhi sikap DAP yang berusaha MENGHURU HARAKAN KEHARMONIAN DAN KESEJAHTERAAN NEGARA DAN KAUM yang telah lama dikecapi.

Formula terbaik politik bagi KESTABILAN dan EKONOMI Negara adalah Muafakat Nasional.

Luruskan SAFF Kita bagi menghadapi Pakatan Pragmatik Oportunis PH dan sekutunya.

Buat Politikus Melayu Islam, kalian rasa kita ada masa kah untuk saling BERBALAH ?

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

2 Muharam 1442 | 21 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor