Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor Us Hanif J – Tadabbur Surah Al-Hasyr (Pengusiran)

556
SHARE

Orang bukan Islam yang menentang Islam jadi kuat bila orang Islam sendiri yang membantu mereka..

Pengusiran terhadap Yahudi Bani Nadhir selepas cubaan mereka membunuh Baginda Nabi Muhammad SAW dengan menggunakan batu besar..

Bukan sahaja tidak menunaikan janji,
Namun berniat jahat terhadap Islam,
Lalu mereka diusir oleh baginda..

Asalnya mereka kecut & takut,
Tetapi mereka telah diberi “tonik”
Oleh golongan MUNAFIK yang busuk hati,
Lalu terus kuat menentang Islam..

“Kami tidak akan keluar dari rumah-rumah kami, lakukanlah apa yang kamu mahu.”
kata mereka..

Memang menjadi kebiasaan musuh Allah,
Pengecut dan tidak berani bertempur,
Berkubu dalam kota dengan melontar batu,
Berlindung di sebalik pokok-pokok tamar dan kebun-kebun mereka..

Lalu diarah untuk menebang & memotong,
Pokok tamar dan kebun mereka,
Sebagai TEKANAN kepada Bani Nadir,
Atas kedegilan dan kesungguhan mereka menantang Islam..

Akhirnya mereka akur….

Janji Allah itu pasti, kita kenal kuat..

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor