Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor Us Hanif J – Kad Pengenalan Di Zaman Jepun

798
SHARE

“Atuk selalu bagi nasihat pada anak-anak, apa yang keluar dari mulut atuk perkataan yang baik-baik dan doa untuk anak-anak”

Ini gambar kad pengenalan arwah atuk kepada zaujah saya.. Rare tak? Siapa sempat IC macam ni, tak pasti ni tahun berapa.. Yang saya pasti, arwah atuk memang hebat..

Banyak cerita dan pesanan yang selalu diceritakan oleh pak long kepada kami..

Sebab tu anak-anak arwah atuk “menjadi”
mereka mempunyai kerjaya dan kelebihan yang tersendiri..

Apa yang keluar dari mulut kita adalah doa,
Maka mak ayah perlu memastikan perkataan yang terkeluar dari mulut kita kepada anak2 adalah perkataan yang baik-baik..

Miskipun dalam keadaan marah, marahlah dengan nasihat tanpa mengeluarkan perkataan kesat dan tidak sepatutnya..

Doa dari ibu ayah adalah yang terbaik buat anak-anak…

Terima kasih mak abah atas doanya,
Alhamdulillah saya jadi “orang”

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor