Home Artikel PAS Wilayah

‘Futsal Merdeka’ semai nilai patriotik anak muda

271
SHARE

Oleh : Dhiya’ Muttmainnah

WANGSA MAJU – Department of Art, Culture and Sport (DACS) Dewan Pemuda PAS Wangsa Maju (DPPWM) dengan kerjasama Majlis Perwakilan Penduduk (MPP) Sub Zon 6 Wangsa Maju berjaya menganjurkan ‘Futsal Merdeka’ 29 Ogos lalu di Sport Seven Futsal Centre di sini.

Pertandingan futsal melibatkan anak muda sekitar Wangsa Maju itu bertujuan menyemarakkan sambutan Hari Kemerdekaan Malaysia di samping membina ukhwah dan membudayakan sukan sebagai gaya hidup sihat.

Turut hadir dalam perlawanan tersebut ialah Pengerusi MPP Sub Zon 6 Wangsa Maju, Mohd Ghazali Husein, dan Ketua DPPWM, Mohd Abdul Hadi Mohd Ghazali.

Program berkenaan mendapat penyertaan daripada pemuda Kampung Setia Jaya, Kampung Sungai Mulia, Kampung Puah Lembah dan Wangsa Maju Seksyen 1.

“Program ini adalah sentuhan awal terhadap minat anak muda dan akan diusahakan untuk dibawa ke peringkat MPP Sub Zon Wangsa Maju sebagai program susulan”, jelas Mohd Ghazali.

Ketua DPPWM pula selain mengucapkan tahniah kepada semua pasukan yang mengambil bahagian, turut berharap agar selepas ini lebih banyak usaha dapat dibuat untuk menyentuh lebih ramai pemuda di Wangsa Maju.