Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor Us Hanif J – Islam Way Of Life…

426
SHARE

Datanglah apa pun jenis parti, parti anak muda, parti anak dara, parti anak bapak, pastikan ianya berlandaskan kepada Islam..

Allah yang menjadikan manusia, lalu Allah jua yang menyediakan MANUAL kehidupan (ISLAM) kepada manusia untuk dipatuhi..

Maka sudah pasti ia adalah yang terbaik dalam apa jua perkara yang ingin dilaksanakan..

Islam mengajar umatnya jujur dan amanah,
Maka pasti dia akan menjaga kementerian yang dipegang dengan baik..

Islam mengajar umatnya konsep dosa dan pahala, Maka pasti dia tidak akan melakukan kerosakan pada tanggungjawab yang diberikan seperti rasuah dan lain-lain..

Islam menerapkan kepatuhan ibadah dan ketaatan yang menjadikan seseorang itu baik dan hebat, maka pasti kerja buatnya dalam jawatan yang diberikan akan jadi cemerlang..

Jikalau tidak,
Nafsu akan menjadi tuhan,
Kuasa akan menjadi matlamat,
Ketamakan akan berleluasa,
Rasuah akan menjadi daging,
Lalu negara akan rosak…

Islam Way Of Life…

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

13 Muharram 1442H | 2 September 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor