Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | LARAS NUKILAN TKP PAS Negeri Selangor Us Mohamed Sukri Omar – Melakukan Kunjung Hormat Ke Yayasan YADIM

445
SHARE

Berkesempatan berkunjung ke Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia – YADIM bertemu dan bertukar pandangan dengan Ybhg Ustaz Nasruddin Hassan (YDP YADIM).

Kunjungan kali ini saya bersama Ybhg Ustaz Ahmad Bilal (Timbalan Pengerusi Pertubuhan Pendidikan dan Kebajikan Al-Munir Malaysia) menyampaikan beberapa cadangan bagi pengukuhan gerak kerja Dakwah Islamiah.

Saya dimaklumkan YDP YADIM, Bahawa YADIM membuka seluas-luasnya pintu mereka. Menerima seluruh NGO untuk membantu memartabatkan Dakwah Islam di Malaysia.

Tahniah YDP YADIM atas keterbukaan dan kesungguhan melestarikan gerakan dakwah di Malaysia. Moga dipermudahkan segala urusan. Aamiin Ya Rabb.

Di Lobi sempat bertemu sahabat saya Ustaz Hushaimi Abu Amni (Pegawai Khas, Menteri Besar Kelantan) berbicara tentang usaha dakwah yang beliau gerakkan bersama ADAM Kelantan untuk masyarakat Siam di Kelantan. Tahniah buat beliau dan pasukan .

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

13 Muharram 1442H | 2 September 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor