Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor – Pemuda Bangkit Demi Islam (4)

433
SHARE

Kenapa mesti pemuda?
Hebat sangatkah pemuda??

Ok guys, kita tengok beberapa hadis baginda Rasulullah berkaitan anak muda..

1️⃣ Allah kagum dengan Pemuda

يَعْجَبُ رَبُّكَ مِنْ شَابٍّ لَيْسَتْ لَهُ صَبْوَة

“Rabbmu kagum dengan pemuda yang tidak memiliki shobwah”

Shabwah adalah kecondongan untuk menyimpang dari kebenaran..

2️⃣ Muda adalah umur ahli Syurga..

Dikatakan kepada ahli syurga :
وَإِنَّ لَكُمْ أَنْ تَشِبُّوا فَلَا تَهْرَمُوا أَبَدًا

Sesungguhnya kalian akan terus-menerus muda dan tidak akan pernah menua selamanya[4] [HR. Muslim]

3️⃣ Pemuda tentera di medan perang

عَنِ ابْنِ مَسْعُوْدٍ رَضِيَ اللهُ عَنْهُ قَالَ : كُنَّا نَغْزُوْ مَعَ النَّبِيِّ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ وَنَحْنُ شَبَابٌ

Dari Ibnu Mas’ûd Radhiyallahu anhu berkata, “Kami ikut berperang bersama Rasûlullâh padahal saat itu kami masih muda [HR. Ahmad]

4️⃣ Pemuda penyokong perjuangan Rasulullah

اُوْصِيْكُمْ بِالشَّبَابِ خَيْرًا فَاِنَّهُمْ اَرَفُّ اَفْئِدَةً اِنَّ اللهَ بَعَثَنِيْ بَشِيْرًا وَنَذِيْرًا فَخَالَفَنِى الشُّيُوْخُ ثُمَّ تَلاَ قَوْلَهُ تَعَالَى فَطَالَ عَلَيْهِمُ اْلاَمَدُ فَقَسَتْ قُلُوْبُهُمْ…

“Aku wasiat-amanatkan kepadamu terhadap pemuda-pemuda (angkatan muda) supaya bersikap baik terhadap mereka.Sesungguhnya hati dan jiwa mereka sangat halus. Maka sesungguhnya Tuhan mengutus aku membawa berita gembira, dan membawa peringatan. Angkatan mudalah yang menyambut dan menyokongaku… “

Nah!!
Ni sebahagian dari kehebatan para pemuda yang disebut oleh baginda Nabi Muhammad SAW..

Ayuh guys!!
Gunakan masa muda kita sebaiknya,
24 jam kot sehari Allah bagi pada kita,
Guna beberapa jam je untuk gerak kerja agama,
InsyaAllah kerja dunia kita akan lebih sempurna.. Percayalah!!

Gembira dikelilingi para pemuda yang hebat..

Hanif J
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#Muktamar54
#PemudaBangkit
#DemiIslam