Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor PAS – Bermuhasabah Bersama Sahabat…

489
SHARE

Sahabat..

Sahabat adalah orang yang dekat dengan kita, terkadang lebih dekat dari pada saudara kita sendiri.

Sahabatlah yang mengetahui kelebihan dan kelemahan kita, selalu ada buat kita meskipun dia sentiasa sibuk, selalu menghibur dan mengguatkan kita disaat kita sedih dan disaat kita ada banyak masalah.

Persahabatn yang hebat apabila ia didasari dengan aqidah dan perjuangan. Maka tidak pelik apabila para sahabat nabi sanggup menjadikan tubuh mereka sebagai perisai kepada baginda nabi kerana sayangnya mereka kepada nabi atas dasar aqidah dan perjuangan..

BERLAPANG DADA : martabat paling rendah dalam etika persahabatan, terkadang berlaku perselisihan maka mendahulukan bersangka baik pada sahabat dan berlapang dada.. Andai ini tiada maka tiadalah erti sebuah persahabatan..

ITHAR (melebihkan/mendahulukan sahabat lebih dari dirinya) : ini adalah martabat paling tinggi, ia ditunjukkan oleh para sahabat Nabi seperti kisah Saidina Ali yang menggantikan tempat tidur nabi dalam peristiwa hijrah, sedangkan dia tahu kemungkinan dia boleh dibunuh..

Terima kasih pada Allah kerana menghadirkan sahabat² yang hebat disekeliling ku.. Yang menegur apabila tersalah, yang membimbing apabila tersesat, yang menasihati apabila tersilap..

Hanif J
Terima kasih sahabat..

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

8 Muharram 1442H | 27 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor