Home Berita PAS Sabah

Pas Batu Sapi pecah tradisi Kampung Bokara

781
SHARE

Oleh : Taufiq HY
27 Ogos 2020

BATU SAPI : Kampung Bokara, Sandakan yang selama ini menjadi kubu kuat UMNO yang kemudiannya di ambil alih oleh Warisan seolah-olah memiliki benteng yang susah ditembusi sebelum ini.

Namun sejak kebelakangan ini , PAS mula diterima dalam kalangan masyarakat Kampung Bokara dengan penubuhan cawangan PAS Batu Sapi beberapa hari yang lepas.

Ketua Pemuda Batu Sapi, Masru Mustaqeem bersama Skuad Redah PAS Batu Sapi hari ini datang membawa sedikit sumbangan berbentuk barang makanan untuk diagihkan kepada ahli baru yang memerlukan pagi tadi.

Turut hadir bersama dalam ziarah ini adalah Naib Yang Dipertua PAS Batu Sapi, Norsah Bongsu bagi menyerahkan sumbangan tersebut kepada lebih daripada tiga puluh penerima

Norsah berasa terharu dengan sambutan yang sangat mengalakkan daripada masyarakat Kampung Bokara dan mengangap penerimaan ini sebagai isyarat positif untuk meletakkan calon PAS di DUN Karamunting.

HJ Otoh Bin Syarif Ketua Cawangan PAS Kampung Bokara juga turut berpesan kepada ahli-ahli baru agar terus berjuang dengan ikhlas agar mendapat redha Allah dan bukan murka Allah swt.