Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor – Istilah Ungkapan Betul Atau Salah

978
SHARE

Kuala Langat, Selangor | 24 Ogos 2020

SALAH & BETUL..

SALAH
Bila menteri balik dari luar negara dan tidak melaksanakan kuarantin.

BETUL
Menteri mengakui bersalah, membayar denda dan memulangkan semua gaji beliau sebagai menteri ke tabung covid19..

SALAH
Bila kaitkan/samakan kes menteri dengan kes makcik dan pakcik “gelang Pink” mereka positif dan berinteraksi dengan masyarakat luar.. Tengok gelang pun dah tahu..

BETUL
Kaitkan dengan kes adik beradik pulang dari Singapura, 17 kelasi warga asing di Labuan mereka semua melanggar kuarantin dan dikompaun RM1000

SALAH
Bila samakan denda dengan kompaun, sedangkan ianya berbeza..

BETUL
Denda hanya dikenakan apabila tertuduh disabitkan kesalahan dan ditetapkan oleh hakim, kompaun pula tak perlu didakwa di mahkamah dan terletak dibawah KP kesihatan, tak boleh lebih RM1000.

SALAH
Bila sibuk nak suruh menteri letak jawatan tapi tak tengok apa manfaat yang dia dah bagi..

BETUL
Teruskan berkhidmat untuk rakyat, kesungguhan beliau alhamdulillah harga sawit dari RM270 satu tan naik kepada RM2800 satu tan.. Peneroka suka hati..

SALAH
Bila dah diberi penerangan kau tetap tak puas hati..

BETUL
Mati tu pasti, kita sama-sama jawap disana nanti..

Hanif J
Anda BETUL saya mungkin SALAH..

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor