Home Berita PAS Sabah

PAS Sandakan ziarah warga kurang upaya tanda prihatin

540
SHARE

Oleh : Hadjabal Abu Saini
24 Ogos 2020

SANDAKAN : PAS Sandakan yang sinonim dengan misi kebajikan telah meneruskan ziarah asnaf dan warga kurang upaya di Kampung Sim-Sim, dekat sini semalam.

Ziarah tanda prihatin ini telah diketuai oleh Timbalan Pesuruhjaya PAS Sabah, Sahar Abdul Majid bersama ahli PAS Cawangan Tanjung Papat dengan berkunjung ke rumah ibu tunggal serta penduduk yang menghidap strok.

Selain merapatkan silaturahim, tujuan ziarah ini diadakan ialah bagi menyampaikan sumbangan kepada keluarga yang terlibat disamping meringankan beban yang mereka tanggung.

Kata Sahar yang juga Yang di-Petua PAS Sandakan, partinya sangat menitik beratkan program kebajikan dan kemasyarakat lebih-lebih lagi apabila melibatkan rakyat yang menghidapi masalah kesihatan.

Tambahnya, program seumpama ini yang mendapat kerjasama masyarakat setempat amat baik agar tindakan susulan dapat dilakukan oleh pihak berwajib.

Beliau juga menyeru orang ramai agar saling bantu membantu jiran tetangga yang memerlukan bantuan tanpa mengira agama atau kaum.