Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor – Hadir Ke Mesyuarat Agung Tahunan MIC Kuala Langat

435
SHARE

Kuala Langat, Selangor | 26 Ogos 2020

Dalam peristiwa hijrah Nabi Muhammad SAW, baginda mendapat bantuan daripada seorang Non Muslim yang bernama Abdullah Uraiqit..

Abdullah Uraiqit ialah seorang pemuda Quraisy Mekah di zaman nabi Muhammad SAW. Beliau telah diupah oleh Saidina Abu Bakar as- Siddiq untuk membawa nabi dan Saidina Abu Bakar keluar dari kota Mekah menuju ke Madinah dgn menggunakan susur jalan tidak dilalui oleh orang lain, Bertujuan supaya nabi dan
Abu Bakar terselamat.

Walaupun beliau seorang Non Muslim tetapi sangat jujur dan amanah, beliau tidak memberitahu tentang keberadaan nabi di dalam Gua Thur, sedangkan beliau boleh mendapat upah yang banyak jika melaporkan hingga tertangkapnya nabi Muhammad..

Ada peranan non muslim dalam siri sejarah pembinaan kerajaan Islam Madinah.. PAS melalui DHPP (Dewan Himpunan Pendokong PAS) membuka ruang kepada Non Muslim untuk bersama membantu perjuangan PAS..

Kini rakan Non Muslim baru PAS iaitu MIC dan MCA bersama² dalam Muafakat Nasional..

Tahniah kepada Sritheran Renganathan diatas keberjayaan melaksanakan AGM MIC Kuala Langat..

Ada beberapa fakta menarik berkaitan MIC yang saya dapat harini :

  • MIC Kuala Langat adalah bahagian kedua terbesar di Malaysia
  • Pemuda MIC Kuala Langat antara pemuda bahagian yang aktif di Malaysia..

Fakta rakan MN Kuala Langat :

  • Ketua Pemuda UMNO Kuala Langat adalah Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia juga sebagai Ketua Penerangan UMNO Malaysia..
  • Ketua Pemuda MIC KUALA Langat adalah Ketua Pemuda MIC Selangor..
  • Ketua Putri Umno Kuala Langat adalah Penolang Setiausaha Putri Umno Malaysia..

Hanif J
Semoga muafakat ini berkekalan InsyaAllah..

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor