Home Artikel PAS Selangor

Bingkisan Rida’ Di Bahu | Dewan Ulama PAS Negeri Selangor – Perutusan Tahun Baru Hijrah

386
SHARE

Matlamat Hijrah ialah Iman bukan pangkat dan kekayaan. Penghijrahan Rasulullah dari Mekah ke Madinah ialah atas dasar untuk menegakkan agama Islam, bukan sebab untuk mencari kuasa atau kekayaan. Hijrah pada zaman itu sangat berat kerana terpaksa meninggalkan kampung halaman sepenuhnya dengan hanya membawa sedikit barangan / keperluan sahaja. Mereka terpaksa membina hidup baharu di Madinah yang penuh dengan cabaran dan kesusahan.

Asas kepada hijrah ialah keimanan, bukan semudah berhijrah untuk mencari rezeki di kota atau berhijrah dari miskin kepada kaya. Para sahabat berhijrah dari kaya kepada miskin, dari seorang yang bangsawan yang dihormati kepada seorang yang mujahid yang bersusah payah.

Semoga semangat Hijrah ini dapat dihayati oleh kita bersama menjelang awal tahun Hijrah 1442

Ustaz Rizuan Rahmat
Ketua
Dewan Ulama PAS Negeri Selangor

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

7 Muharram 1442H | 26 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor