Home Artikel PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | Keyboard Setiausaha DPPN Selangor – Ciri Pemuda Ansorullah

272
SHARE

Pemuda Bangkit Demi Islam (3)

1️⃣ : Pemuda yang siap siaga untuk menyahut seruan perjuangan tanpa sebarang rasa ragu bagi menegakkan syariat Allah swt di atas muka bumi ini.

2️⃣ : Pemuda yang menjunjung segala peraturan dan arahan jamaah serta berdiri teguh bersama kepimpinannya, tidak gentar mendepani cabaran malah bersedia menghadapi apa jua implikasi perjuangan, biarpun terpaksa mengorbankan segala kepentingan diri sendiri iaitu masa, tenaga, harta, darah dan nyawa..

3️⃣ : Pemuda yang memiliki kualiti dan tahap piawaian melalui pelbagai aktiviti yang disusun dan diatur merangkumi amal tarbawi, amal siasi serta amal kebajikan dan dakwah.

4️⃣ : Pemuda yang mewarisi kemuliaan akhlak Rasulullah saw dalam mengurus perjuangan mendepani tahaddiyat [ tentangan ] yang dihadapkan oleh musuh kepada kita.

5️⃣ : Pemuda yang memiliki aqidah perjuangan yang mantap sekalipun ia adalah seorang pemain futsal yang tegar , memiliki pemikiran Islam yang syumul sekalipun ia seorang seniman dan memiliki keperibadian muslim yang unggul sekalipun ia seorang pelumba motor.

6️⃣ : Pemuda yang bersedia untuk menjadi Rijaalut Taghyiir [ agent perubah ] yang menggerakkan perubahan dalam negara, masyarakat dan sistem pemerintahannya. Membebaskan negara dan masyarakat dari sistem ciptaan manusia yang korup

7️⃣ : Pemuda yang aktif menyertai aktiviti amal Islami, kebajikan dan sosial. Menghubungkan jamaah dengan ummah, menjadi jambatan antara jemaah dengan masyarakat sekaligus menjuarai isu serta menanganinya dengan bijak dan bistari. Memimpin dan membimbing masyarakat secara hikmah berasaskan hujjah..

8️⃣ : Pemuda yang tidak membazirkan masa dan tenaganya untuk bertelagah dan saling tuding menuding mencari salah antara satu sama lain sedang tanggungjawab perjuangan ini terlalu banyak dan berat untuk diurus. Rapatkan saff dan eratkan ukhuwwah untuk membina ketumbukan pemuda yang mantap dan perkasa.

9️⃣ : Pemuda yang senantiasa peka dan sensitif terhadap keperluan jamaah dan tuntutan ummah. Berfikir dan merancang untuk memperkukuhkan jamaah agar senantiasa berkeupayaan menampung tuntutan ummah yang semakin mendesak. Janganlah hanya berpeluk tubuh dan berfikiran kosong sedang amanah pula semakin berat dan mencabar. Sekadar selesa dan teruja memegang jawatan tetapi mengabaikan tanggungjawab yang digalas merupakan satu pengkhianatan yang dimurkai Allah swt.

🔟 : Pemuda yang berlapang dada, merendah diri dan berjiwa besar. Sedia memberi arahan dan diarah. Sedia memimpin dan dipimpin. Sedia menegur dan ditegur. Sedia mengkritik dan dikritik. Sedia menasihati dan dinasihati. Sedia mentarbiyyah dan ditarbiyyah

Sumber : Fazkuruni

Hanif J
Layakkah diri menjadi Ansorullah
Setiausaha
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

19 Zulhijjah 1441H | 9 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan