Home Berita PAS Selangor

Dari Tirai Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor – Kami Kirimkan Doa Buat Mu Beirut

490
SHARE

لاَ يُؤْمِنُ أَحَدُكُمْ، حَتَّى يُحِبَّ لِأَخِيهِ مَا يُحِبُّ لِنَفْسِهِ

Maksudnya: “Tidak beriman (sempurna iman) seseorang itu sehingga dia kasih kepada saudaranya sebagaimana dia kasih kepada dirinya sendiri.” [Riwayat al-Bukhari]

  1. Dunia dikejutkan dengan insiden yang berlaku baru-baru ini iaitu letupan yang sangat dasyat menimpa warga Beirut di Lubnan. Menurut ketua keselamatan dalam negeri negara itu, letupan tersebut dipercayai berlaku di bahagian yang menempatkan bahan letupan berkuasa tinggi.
  2. Tragisnya, peristiwa hitam ini meragut 73 nyawa dan hampir 3700 mangsa yang tercedera malah angka-angka kematian dijangka akan terus meningkat. Bukan sekadar itu, bangunan dan kawasan yang terlibat juga mengalami kemusnahan yang sangat teruk.
  3. Sehubungan itu, Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor mengajak semua umat Islam diMalaysia untuk bersolidariti dan bersama-sama mengirimkan doa agar bencana ini dapat berakhir demi keselamatan dan kesejahteraan saudara kita di sana.

إِنَّا لِلَّهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ، اللَّهُمَّ أجرْهُم فِي مُصِيبَتِهِمْ، وَأَخْلِفْ لَهُمْ خَيْرًا مِنْهَا

Maksud: Sesungguhnya, kita milik Allah dan sungguh hanya kepadaNya kita akan kembali. Ya Allah, berilah mereka pahala dalam musibah mereka dan berilah ganti yang lebih baik.

  1. Semoga musibah dan bencana ini membawa ketaqwaan dan pergantungan kepada Allah. Hanya Allah sebaik-baik penolong dan pelindung. Firman Allah dalam surah Al-An’aam ayat 64 :

قُلِ اللّهُ يُنَجِّيكُم مِّنْهَا وَمِن كُلِّ كَرْبٍ ثُمَّ أَنتُمْ تُشْرِكُونَ

Katakanlah: “Allah jualah yang menyelamatkan kamu dari bencana itu dan dari segala jenis kesusahan; dalam pada itu, kamu (masih) mempersekutukan (Allah dengan sesuatu yang lain)”.

Ustazah Hjh Wan Hasrina Bt Wan Hassan
Ketua
Dewan Muslimat PAS Negeri Selangor

19 Zulhijjah 1441H | 9 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#PrayForLebanon

#LetupanBeirut

#IslamMemimpinWanitaSejahtera