Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth (SPY) Corner | DPPNS – Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Kali Ke-54

862
SHARE

Sungai Buloh, Selangor | 16 Ogos 2020

Persidangan Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor Kali Ke-54 hari ini. DPPNS diketuai oleh Ustaz Hanafi Bin Zulkapli selaku Ketua Pemuda Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor.

Muktamar Tahunan kali ini bersidang di Dewan Grand Airiz, Sungai Buloh, Selangor. Para perwakilan telah diingatkan bahawa SOP tetap diteruskan dan akan dikawal ketat oleh Jabatan Amal Malaysia Negeri Selangor. Antara SOP yang telah ditetapkan adalah, perwakilan wajib membuat saringan kesihatan di pintu masuk dewan, memakai pelitup muka dengan betul, daftar kehadiran menggunakan applikasi ‘My Sejahtera’ melalui QR Code, pamerkan bukti pendaftaran kepada anggota JAMNS yang bertugas sebagai pengesahan dan yang terakhir sentiasa menjaga penjarakan sosial dan dilarang sama sekali berkumpul ramai-ramai.

Muktamar Tahunan Dewan Pemuda PAS Selangor kali ke-54 hari ini dirasmikan oleh Yang Berhormat Ustaz Muhammad Khalil bin Abdul Hadi, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Buruk, Terengganu merangkap AJK PAS Pusat.

Wakil Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor yang hadir ke Muktamar DPPNS adalah YB Dato Dr Ahmad Yunus Hairi, ADUN Sijangkang merangkap Pesuruhjaya PAS Negeri Selangor. Turut bersama hadir Ustaz Rizuan Bin Rahmat, Ketua Dewan Ulama PAS Negeri Selangor.

Tetamu undangan terdiri dari rakan-rakan Parti Komponen Muafakat Nasional, Gagasan Sejahtera dan Perikatan Nasional iaitu YB Tuan Rizam Bin Ismail Ketua Pemuda UMNO Selangor ADUN Sungai Air Tawar, Encik Chan Wun Hung Ketua Pemuda MCA Negeri Selangor dan Encik Aifaa Zaffan Bagauddin Bin Abdul Aziz Ketua Pemuda IKATAN Negeri Selangor.

Dengan bertemakan “Pemuda Bangkit Demi Islam” Dewan Pemuda PAS Selangor terus melihat kehadapan dengan mendekati anak-anak muda di Negeri Selangor dan mewakili suara anak muda dalam isu-isu tertentu.

Perjalanan Muktamar Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor masih lagi berlangsung. Semoga dipermudahkan segalanya hingga habis Sidang Muktamar.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan

#PemudaBangkitDemiIslam
#MuktamarDPPNS54
#BeramalKeranaAllah