Menyambut Hari Malaysia mestilah menanamkan semangat cintakan tanah air. Bukan mudah pembentukan negara Malaysia ini. Melalui proses yang panjang bermula dengan kemerdekaan Tanah Melayu pada Semenanjung Malaysia kemudian disusuli perbincangan demi perbincangan yang akhir penyertaan dari Sabah dan Sarawak maka terbentuklah sesebuah negara Malaysia yang unik dengan kepelbagaian kaum dan etnik.
Generasi hari ini sangat bertuah, Malaysia yang unik dan memilik banyak kelebihan dari sudut sumber hasil, pelancongan, kebudayaan dan lain-lain mestilah dipertahankan. Jangan dibiarkan “penjajah” kembali menjajah. Malaysia ada Perlembagaan yang mesti dituruti, ada sempadan yang mesti dijaga, ada sosial kaum yang mesti diharmonikan dan ada politik tanah airnya yang mesti dipelihara dari tangan-tangan perosak.
Islam tidak melarang seseorang individu mencintai negara pada kadarnya. Malah kedudukan negara di sisi Islam sangat besar nilainya. Apatah lagi negara adalah “tempat” perlaksanaan syariat Islam dalam sesuatu konteks kehidupan bermasyarakat. Sebab itu, perlaksanaan syariat dilaksanakan dengan :
- Ada pemimpin
- Ada rakyat
- Ada negeri / negara
- Ada undang-undang / perlembagaan
- Ada kedaulatan
Sempena Hari Malaysia tahun 2020, Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor (DPPNS) mengajak semua rakyat Malaysia dari pelbagai kaum dan etnik untuk kita :
- Membina jaringan kehidupan sosial ynag saling hormat menghormati dan berbudi antara satu sama lain.
- Memperkasakan pasak kefahaman Rukun Negara dalam sosial hidup bagi memperkukuh perpaduan yang terbina.
Memimpin Negara
Pemuda Bangkit Demi Islam
Ustaz Hanafi Bin Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor