Home Artikel PAS Selangor

Khabar PAS Kawasan Dari Negeri Selangor | PAS Kawasan Shah Alam – Perutusan Hari Malaysia PAS Kawasan Shah Alam

140
SHARE

Shah Alam, Selangor | 16 September 2020

Enam tahun selepas kita meraikan kemerdekaan, sejarah dicipta dengan lahirnya Negara baru bernama Malaysia pada 16 September 1963 hasil pembentukan sebuah persekutuan baharu yang terdiri daripada Persekutuan Tanah Melayu, Borneo Utara (Sabah), Sarawak dan Singapura.

Peristiwa bersejarah ini adalah satu kebanggaan dan kemenangan besar bagi kita kerana ia berlaku di atas kemuafakan bersama di antara Persekutuan Tanah Melayu, Singapura, Sabah dan Sarawak yang rakyatnya terdiri dari pelbagai bangsa, suku kaum dan etnik.

Marilah kita terus bersatu padu demi menjamin keharmonian hidup bernegara di tanahair yang bertuah ini. Elakkan persengketaan dan perpecahan yang pasti nya akan membawa mudarat kepada semua.

Satukan hati bersama-sama memupuk semangat Malaysia Prihatin dan bekerjasama menyokong gagasan negara ke arah kemajuan dan pembangunan untuk menjadikan Malaysia sebuah negara yang maju duniawi dan ukhrawi.

Demi Malaysia, bertawakallah semua dan kepada Allah kita berserah.

“SELAMAT MENYAMBUT HARI MALAYSIA”

Ustaz Ahmad Dusuki Abd Rani
Yang Dipertua
PAS Kawasan Shah Alam

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemperkukuhPerpaduan
#MediaPASSelangor