Segala puji bagi Allah yang telah memberikan nikmat keamanan kepada Malaysia sehingga kini. Malaysia merupakan sebuah negara yang dihuni oleh pelbagai kaum dan masyarakat. Islam merupakan agama rasmi dan persekutuan. Walaupun demikian, Malaysia tetap menerima dan menghormati kebebasan mengamalkan budaya dan agama daripada penganut agama lain sehingga menjadikan negara kita kekal aman dan harmoni sehingga kini.
Walaupun zaman telah berganti zaman,tahun bersilih ganti. Pengiktirafan Malaysia sebagai sebuah negara Islam masih belum berada dikemuncaknya…
Islam masih kelihatan rendah dan dipandang sepi, pengamalan hidup beragama semakin dipinggirkan sehingga kedengaran suara-suara sumbang menyalahertikan erti kebebasan beragama dan menuntut kesamarataan diantara semua agama..
Lebih malang, wujudnya segelintir umat Islam sendiri yang mengiktiraf kesamarataan dalam hidup beragama..
Malah lebih parah, apabila menolak Islam dalam hidupnya. Mengenepikan unsur Islam dalam politik, ekonomi, perundangan dan lain-lain.
Allah berfirman didalam Al-Quran, meninggikan kedudukan agama suci Islam berbanding agama lain:
(إِنَّ ٱلدِّینَ عِندَ ٱللَّهِ ٱلۡإِسۡلَـٰمُۗ وَمَا ٱخۡتَلَفَ ٱلَّذِینَ أُوتُوا۟ ٱلۡكِتَـٰبَ إِلَّا مِنۢ بَعۡدِ مَا جَاۤءَهُمُ ٱلۡعِلۡمُ بَغۡیَۢا بَیۡنَهُمۡۗ وَمَن یَكۡفُرۡ بِـَٔایَـٰتِ ٱللَّهِ فَإِنَّ ٱللَّهَ سَرِیعُ ٱلۡحِسَابِ)
[Surat Aal-E-Imran 19]
Sesungguhnya ugama (yang benar dan diredhai) di sisi Allah ialah Islam. Dan orang-orang (Yahudi dan Nasrani) yang diberikan Kitab itu tidak berselisih (mengenai ugama Islam dan enggan menerimanya) melainkan setelah sampai kepada mereka pengetahuan yang sah tentang kebenarannya; (perselisihan itu pula) semata-mata kerana hasad dengki yang ada dalam kalangan mereka. Dan (ingatlah), sesiapa yang kufur ingkar akan ayat-ayat keterangan Allah, maka sesungguhnya Allah Amat segera hitungan hisabNya.
Begitu juga nabi saw bersabda:
الاسلام يعلو ولا يعلى عليه
Agama Islam (perundangan dan syariatnya) itu tinggi (mulia) dan tiada agama lain yang lebih tinggi daripada Islam.
Sehubungan itu, Saya menyeru kepada generasi muda khususnya untuk terus mencari kefahaman (ilmu agama) agar kita dapat mengenal dan memahami Islam secara benar dan sempurna. Mudah-mudahan hidup kita sentiasa dipandu ke jalan yang Allah Redhai.
Semoga Allah mengurniakan KEMERDEKAAN yang sebenar kepada kita umat Islam dengan diberi kesempatan untuk MENGAMALKAN SYARIAT ALLAH DI NEGARA MALAYSIA.
Selamat menyambut hari kebangsaan kali ke-63.
Malaysia Prihatin
Muhammad Nor Radzie bin Bohari
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Kawasan Sepang
Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor
12 Muharram 1442H | 31 Ogos 2020
#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan
#MediaPASSelangor