Home Berita PAS Selangor

Selangor PAS Youth Corner | Tinta KP Selangor – Memantau Apa Yang Sedang Dilakukan Oleh Pihak Berkuasa Tempatan

439
SHARE

Melihat apa yang sedang dilakukan oleh PBT MBSA & MPS terhadap perniaga-peniaga kecil yang sedang berusaha bangkit selepas PKP adalah satu tindakan yang tidak sepatutnya berlaku.

Alangkah baiknya, jika Pihak PBT memberi fokus dengan operasi menghapuskan permis mesin judi yang jelas-jelas memberi kesan negatif kepada masyarakat.

Saya mewakili Seluruh anak muda Selangor merayu dan mengharapkan kerajaan Negeri Selangor yang sedang dipimpin oleh pakatan harapan dapat bertimbang rasa kepada peniaga-peniaga kecil anak watan.

Jika kesalahan mereka adalah berkaitan lesen permudahkan urusan pemohonan lesen. Jika mereka melanggari SOP pembinaan, berikan notis dalam tempoh yang rasional untuk peniaga-peniaga kecil anak watan bersedia untuk merancang untuk mengubah dan sebagainya.

Saya merayu sungguh-sungguh kepada pihak PBT dapat membuat budi bicara dalam menyelesai isu ini, ketahuilah anak watan kini dalam usaha untuk bangkit mengurus kewangan dan pendapatan keluarga memerlukan sokongan semua pihak.

Saya sekali lagi bertegas dengan pendirian pihak PBT dan penguatkuasa perlu memastikan aktiviti perjudian dan permis perjudian tidak diberikan kebenaran untuk beroperasi dalam negeri Selangor.

Ustaz Hanafi Zulkapli
Ketua Pemuda
Dewan Pemuda PAS Negeri Selangor

23 Zulhijjah 1441H |13 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan