Home Berita PAS Selangor

Laman Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Selangor | Us Shafie Ngah – Equity : Cakap Serupa Bikin

468
SHARE

“He who comes into equity must come with clean hands”

Ini satu daripada banyak maxim (kaedah) undang-undang common laws. Kaedah ini menjadi garis panduan umum dalam menuntut suatu keadilan (equity). Kaedah yang sama diguna pakai dalam negara-negara maju hari ini. Selagi mana sistem kehakiman merupakan sistem kehakiman yang bebas, maxim ini terpakai. Tapi jika sebaliknya, maxim ini hanya hampas.

Apa maksud maxim ini?

Maksudnya, sesiapa yang hadir ke institusi keadilan untuk menuntut keadilan bagi dirinya, beliau sendiri mesti bersih daripada ketidak adilan atau ketidakpatuhan.

Contohnya; seorang peniaga membuat aduan serta menuntut supaya pihak berkuasa mengambil tindakan terhadap premis-premis perniagaan yang tidak berlesen, justeru premis beliau sendiri hendaklah mempunyai lesen.

Contoh lagi; seseorang yang menubuhkan parti politik dengan tujuan untuk membasmi politik wang, rasuah dan salah guna kuasa, beliau sendiri hendaklah bebas daripada tohmahan terpalit dengan politik wang, rasuah dan salah guna kuasa.

Contoh-contoh di atas hanya sekadar contoh, bagi memudahkan anda memahami maxim di atas. Ianya tidak melibatkan mana-mana pihak, samada yang hidup ataupun yang telah mati.

Namun, maxim ini bukanlah wahyu Ilahi.
Sekalipun ia bukan wahyu Ilahi, ia patut diikuti. Kerana sifatnya adil dan saksama.
Jika maxim ini patut dituruti, wahyu Ilahi hendaklah lebih-lebih lagi.

Norma lama : Sudah menjadi norma dalam masyarakat kita, ramai yang menuntut itu dan ini sedangkan belakang dirinya ada sejarah yang jelek. Ini norma lama. Malang sekali, ramai pula orang yang tidak kisah itu semua. Apa yang penting bagi mereka adalah slogan yang hebat, gambaran yang besar, cerita yang bugar. Norma lama sudah diperbaharui.

Bak kata bidalan; “kokok berdegar-degar ekor penuh tahi”.

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

23 Zulhijjah 1441H | 13 Ogos 2020

#PASSelangor
#BersamaMembawaSejahtera
#IslamMemimpinPerpaduan