Home Kenyataan Media PAS Selangor

Selangor fokus tingkatkan vaksinasi – Pesuruhjaya PAS Selangor

176
SHARE

May be an image of 2 people and text

Dari Jendela Pesuruhjaya PAS Selangor Dato Dr Ahmad Yunus Hairi | Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor

KENYATAAN MEDIA PAS SELANGOR

SELANGOR FOKUS TINGKATKAN VAKSINASI

Oleh : YB DATO DR AHMAD YUNUS BIN HAIRI
Pesuruhjaya PAS Selangor

Seluruh mukim di Kuala Langat terlibat dalam PKPD kecuali Mukim Kelanang. Arahan PKPD jelas walaupun ada rakyat yang perlu keluar masuk daerah untuk ‘urusan perlu’. Ini antara punca kesesakan lalulintas SJR Jalan Langat (Klang-Banting) sempadan Klang – Kuala Langat. Kenderaan mengambil masa lebih kurang 2 jam untuk melepasi SJR.

Alhamdulillah selepas perbincagan dengan pihak berautoriti, PDRM yang mendapat bantuan tambahan 37 anggota polis, sekatan laluan di Jalan Garuda Bt 9 Kebun Baru dapat dioperasikan sebagai SJR. Secara tidak langsung dapat menyuraikan kesesakan di laluan SJR Jalan Langat.

SJR di Jalan Garuda ini secara tidak langsung juga memberi kemudahan untuk penerima vaksinasi di PPV Universiti Masha melalui jalan alternatif ini. Jalan Garuda ini menghubungkan bandar Rembayu dan Kampung Kebun Baru yang berada dalam mukim yang sama, Telok Panglima Garang. Secara tidak langsung ianya juga memudahkan kawalan PKPD di mukim ini.

Walaubagaimanapun ini tidak bermakna pergerakan rakyat di Kuala Langat boleh keluar dan masuk daerah secara sewenang-wenangnya. Kepatuhan pergerakan PKPD tetap menjadi faktor utama seperti arahan kerajaan.

Selangor terus menunjukkan peningkatan kes positif setiap hari dan terkini melepasi angka 4 ribu sehari. Saya jangkakan kes positif akan terus bertambah.

Kerajaan Negeri dan Jawatankuasa Khas Covid-19 Selangor harus merancang secara serius untuk menanganinya. Pusat CAC Stadium Melawati sesak dengan pesakit, frontliner keletihan, makanan tidak mencukupi dan pengasingan pesakit positif dan negetif tidak terkawal. Ini antara rintihan yang sampai kepada saya. Kalau ada kebenarannya, perlu ditangani segera.

Kerajaan Negeri perlu terus fokus dan proaktif dalam meningkatkan kapasiti program immunisasi untuk mencapai immunisasi kelompok. Ini sahaja cahaya yang dapat dilihat di hujung terowong. Pimpinan negeri dan masyarakat, lantikan kerajaan, ahli majlis, ketua kampung, penggerak belia tempatan, jawatankuasa rumah ibadat dan lain-lain harus di gerakkan dalam membantu pematuhan SOP dan PKP secara serius.

Kawalan pematuhan di kalangan pekerja-pekerja juga harus diberi keutamaannya dengan serius. Kalau tidak Kerajaan Selangor akan terus GAGAL menurunkan kes Covid-19 yang masih di juarai pada masa ini. Tidak adil untuk rakyat terus di hukum untuk merasai kesejahteraan kehidupan. Teruskan doa semoga Allah SWT angkat musibah yang menimpa kita.

28 Zulkaedah 1442H | 9 Julai 2021

Lajnah Penerangan & Media Baru
Badan Perhubungan PAS Negeri Selangor