Home Kenyataaan Media PAS Perak

Selamat Tahun Baru 2025 | PAS Perak

32
SHARE

 

KENYATAAN MEDIA PAS PERAK

SELAMAT TAHUN BARU 2025

PAS Perak mengucapkan selamat menyambut tahun baru 2025 kepada seluruh rakyat Malaysia khususnya warga Perak. Bagi ummat islam, kita juga menyambut ketibaan bulan Rejab yang penuh berkah. Sebagai sebuah parti berdaftar yang bergerak dalam negara demokrasi, tentunya PAS menjunjung perlembagaan negara dengan cita cita merealisasikan Islam sebagai agama negara seperti yang termaktub dalam fasal 3 perlembagaan Malaysia.

PAS Perak menerima realiti kepelbagaian agama dan kaum yang wujud di Malaysia khususnya di negeri Perak. Perlembagaan negara memberi kebebasan agama lain untuk di amalkan  dengan paksi Islam sebagai agama negara yang menjamin keadilan untuk semua.

Negara kita telah dibina dengan toleransi kaum dan agama yang sangat baik. Kedudukan Islam dan bumiputra di hormati dan diiktiraf pelbagai agama dan bangsa yang menjunjung perlembagaan ini.  Itulah asas sejarah yang telah disepakati dalam pembentukan negara Malaysia tercinta. Sebarang usaha merungkai asas pembinaan negara hanya akan memporak perandakan negara seperti sejarah hitam 1969.

PAS Perak menyeru seluruh warga negeri Perak untuk kembali ke landasan semangat pembentukan dan kemerdekaan negara. Harapan dan impian untuk melihat bumi Darul Ridzuan makmur , adil dan maju adalah citra perjuangan PAS.

Sebagai sebuah gerakan islam yang menyeru perdamaian dan keadilan sosial , PAS komited dengan dasar keadilan Islam dan yakin ianya mampu memberi kemakmuran kepada seluruh warga Perak sebagaimana sejarah kegemilangan pemerintahan islam yang  pernah wujud di bumi Perak.

PAS Perak juga menyeru seluruh warga negeri menanam tekad dan keazaman sempena tahun baru 2025 untuk mewujudkan sebuah negeri yang bebas, maju, adil dan prihatin rakyat berteraskan tunjang Islam yang diperjuangkan PAS. Semoga 2025 adalah tahun kebangkitan kemenangan rakyatSELAMAT TAHUN BARU 2025

“ ISLAM ADALAH PENYELESAIAN ”

YB HJ RAZMAN BIN ZAKARIA

PESURUHJAYA PAS NEGERI PERAK

1 JANUARI 2025 / 1 REJAB 1446H