Home Rencana PAS Wilayah

Selamat Menyambut Ramadan Al Mubarak 1443H

289
SHARE

Ramadan adalah bulan yang sangat indah dan cukup istimewa buat seluruh umat Islam.

Bersyukur ke hadrat Ilahi kerana kita telah diberikan kesempatan dan peluang sekali lagi untuk menjadi tetamu Allah di bulan yang penuh dengan kerahmatan ini.

Firman Allah S.W.T :-

{ يَٰٓأَيُّهَا ٱلَّذِينَ ءَامَنُواْ كُتِبَ عَلَيۡكُمُ ٱلصِّيَامُ كَمَا كُتِبَ عَلَى ٱلَّذِينَ مِن قَبۡلِكُمۡ لَعَلَّكُمۡ تَتَّقُونَ﴾
[البقرة: 183]

“Wahai orang-orang yang beriman! Kamu diwajibkan berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang dahulu daripada kamu, supaya kamu bertaqwa” [Al-Baqarah: 183]

Bulan Ramadhan ini lah adalah bulan yang disyariatkan untuk umat Islam berpuasa dan sentiasa mendidik diri dengan sifat-sifat taqwa.

Sama-sama lah kita merebut peluang untuk memperbaiki diri, sentiasa berzikrullah, perbanyakkan bacaan Al-Quran, bersedekah, berdoa, solat sunat, rapatkan silaturrahim dan berbuat baik sesama manusia.

Akhir kalam, selamat menunaikan kefardhuan berpuasa dan diharapkan semoga Ramadan tahun ini menjadi Ramadan terbaik di dalam hidup kita untuk meraih keampunan dari Allah serta keluar dari tarbiyyah Ramadhan sebagai insan bertaqwa.

Sekian.

Ustaz Haji Azhar Yahya
YDP PAS Kawasan Batu
Pesuruhjaya PAS Wilayah Persekutuan
Penyelaras Parlimen Batu (PAS)

Sabtu, 2 April 2022 | 30 Syaaban 1443