Home Berita PAS Wilayah

Selamat Menyambut Ramadan 1441

2454
SHARE

*SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN 1441/2020*

 

Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh dan Salam Sejahtera

 

Alhamdulillah bersyukur kita ke hadrat Allah swt pada hari ini.

 

Kedatangannya selalu dinantikan dan dialu-alukan oleh umat Islam. Umat Islam seluruh penjuru dunia menyambut kedatangan Ramadhan dengan perasaaan gembira dan suka cita. Tiada bulan ketika bersamanya hati menjadi tenang dan membuat jiwa-jiwa orang mukmin damai, kecuali Ramadhan.

 

Sempena bulan suci yang penuh rahmatNya dan keberkatan ini, marilah kita menyambut bulan mulia ini dengan hati yang bersih agar dapat menjalani ibadah puasa dengan penuh ketulusan dan seikhlasnya agar dikurniakan barakah dan merasai nikmatnya Ramadhan ini.

 

Kita seorang muslim patut bergembira dengan kedatangan bulan Ramadhan ini serta berazam dengan bersungguh-sungguh melakukan Ibadah sepanjang Ramadhan ini.

 

Akhir kata, saya mewakili seluruh Ahli Jawatankuasa PAS Kawasan Wangsa Maju mengucapkan Selamat Menyambut Ramadhan Al-Mubarak kepada rakyat Malaysia khususnya warga Wangsa Maju.

 

“Jika hati sejernih air, jangan dibiar ianya keruh,

Jika hati seputih awan, jangan dibiar ia mendung,

Jika hati seindah bulan, kekalkan ia dengan iman.”

 

“Gersang bumi dikala tanpa hujan, pula gersang di hati tanpa adanya iman.

Gersang akal di kala tanpa ilmu, pula gersang di jiwa tanpa adanya amal.

Selamat menyambut ibadah puasa, Marhaban ya Ramadhan.”

 

*Ustaz Abdul Rani Bin Mohamed Daud*

 

_YANG DIPERTUA PAS KAWASAN WANGSA MAJU_