Home Artikel PAS Wilayah

Ahlan Ya Ramadan

1164
SHARE

MARHABAN AHLAN YA RAMADAN

Alhamdulillah, segala puji kita rafakkan ke hadrat Allah s.w.t yang sekali lagi telah memilih kita untuk menerima anugerahnya yang istimewa dengan mempertemukan kita dengan Ramadan al-Mubarak yang penuh kemuliaan ini.

“Wahai orang-orang yang beriman, diwajibkan ke atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan ke atas orang-orang yang terdahulu daripada kamu mudah-mudahan kamu menjadi orang-orang yang bertaqwa”. Surah al-Baqarah ayat : 183.

Di kesempatan ini juga, saya hendak menzahirkan ucapan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al Mubarak kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia khususnya warga kotaraya Kuala Lumpur.

Semoga Ramadan kita untuk tahun ini menjadikan diri kita insan yang lebih baik dan sentiasa mengharapkan keredhaan ALLAH s.w.t walaupun dalam keadaan kita masih diuji dengan wabak Covid-19.

Bersama kita memanfaatkan setiap waktu dalam Ramadan ini dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) ini dengan mengimarahkan rumah masing-masing dengan amal soleh insya-Allah.

Selamat Menjalani Ibadah Puasa.

“اللهم بارك لنا في رمضان وارزقنا ليلة القدر يا رب العلمين”

“Islam Memimpin Perpaduan”

Ustaz Haji Md Ali B Jamil
(Ketua Dewan Ulamak PAS Wilayah Persekutuan)

#RamadhanMubarak #RamadhanAtHome
#IslamMemimpinPerpaduan